Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar
Research Dekat KPKT
Tanpa membuang masa, anda boleh melayari laman web KPKT, untuk medapatkan senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar. Sekiranya anda berasa senarai tersebut terlalu panjang dan susah untuk anda, anda boleh pilih Pinjaman Compare. Pinjaman Compare adalah platform untuk membantu anda cari pinjaman peribadi yang sesuai dan paling penting, bukan penipu.
Pinjaman Compare Boleh Tolong
Kami akan membantu anda memilih 3 pilihan dari senarai tersebut yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda ikut semasa. Sebelum bermula, anda perlu membuat permohonan dengan kami melalui borang permohonan atau melalui Dapatkan 6 Buan Moratorium Hari Ini dan hantar maklumat peribadi anda kepada kami.
Terdapat 2 institusi yang anda mungkin dapat membuat pinjaman peribadi:
1. Bank
2. Pemberi Pinjaman Wang Berlesen

Mengapa? Hal ini kerana mereka diiktirafkan lesen oleh Bank Negara. Kadar faedah mereka tidak akan terlalu melampau.
Kenapa Jangan Pilih Along?
Mengapa bukan daripada along? Seperti yang diberitahukan, along akan mengenakan kadar faedah mengikut suka hati mereka. Selain itu, keselamatan anda dan ahli keluarga anda akan terancam sekiranya anda gagal membayar balik kadar faedah yang tinggi.
Along akan mengancam keselamatan anda dan ahli keluarga anda dengan melakukan perkara seperti menyimbahkan cat di tempat tinggal, empat bekerja anda dan sebagainya.
Sekiranya anda betul-betul perlukan wang segera, sila jangan pergi kepada along. Sejak anda sedang membaca di laman web kami, silalah menggunakan portal kami untuk memohon apa-apa sahaja pinjaman yang anda inginkan. Sekurang-kurangnya kami dapat mengesyorkan pinjaman yang sesuai kepada anda.
4 Langkah untuk mengenal pasti yang pemberi pinjaman tersebut berlesen
Yang berikut adalah beberapa kaedah dan langkah untuk anda semasa memilih pemberi pinjaman wang berlesen.
Langkah 1: Memastikan mereka mempunyai laman web dan mempunyai jadual pembayaran balik yang jelas
Langkah 2: Memastikan mereka mempunyai pejabat fizikal seperti yang dinyatakan di laman web
Langkah 3: Mengunjungi pejabat mereka selepas membuat temujanji dengan wakil mereka
Langkah 4: Mencari testimoni pelanggan-pelanggan melalui Google dan Facebook untuk mengesahkan identiti mereka
Nasihat kepada semua, jangan sesekali membayar sebarang wang pendahuluan sebelum jumlan pinjaman tersebut dimasukkan ke dalam akaun anda tidak kira apa-apa sebab yang diberitahukan oleh mereka. Sebagai contoh, yuran peguam, duti setem, yuran pemprosesan dan sebagainya. Hal ini disebabkan semua bayaran yang disebutkan diatas akan sentiasa dipotong secara terus atas pinjaman yang diluluskan sebelum dimasukkan ke akaun anda.




sentosa kristal sdn bhd mcm mana?
Tiade dlm list kita
Tuan nk tanya mega sukses sdn bhd betul ke pinjaman berlesen..loan dh lulus sruh byr dulu payment 1 bulan..
itu tipu la
1. lexus capital solution sdn bhd
mula, saya mmg selidik smua. tak nak kad bank di pegang dan takkan bayar apapun cas yang dikenakan keatas saya. mulanya dia kata takde cas apa2 , lepas tu kata loan lulus ada pula yovt tax yang perlu saya bayar rm560 kepada acc runner dorang.
2. RM ace sdn bhd
mula, saya selidik dan bagitau benda yg sama dgn company lexus. kata takde cas, pastu loan dah lulus bagitau pula ada supporting document saya kena bayar rm400 disebabkan scoring saya rendah faktor usia.
adakah semua ini termaktub dalam rules pinjaman kredit
itu la penipu
Lexus Capital Solution Betul tak admin?
Dia minta deposit 300
penipu tu
Tuan mega suses sdn bhd ada syarikat berlesen..
tiade dlm list kami
Selamat pagi. Saya dari *MYK ONE ENTERPRISE*. Name saya *ALEX KHOO*. Nak Tanya tuan-tuan Dan puan-puan Ada di online summit nak pinjam berapa
Syarikat ni betul ker
tiade dlm list kami
NE Enterprise wujud ke? Loan dah lulus tp minta bank in rm150 untuk consultan fee dan lepastu akan sign surat agrement. Kawan ada try bank in rm150, tp dia ckp salah bg details dan suruh bank in semula sekali lg.
itu penipu la
Adakah west city loan interprise dengan chuan hup credit and leasing sdn bhd adalah syarikat yang berdaftar dan boleh dipercayai
tiade dlm list kami ya
saya telah buat agreement dengan syncostar dan telah mendatangani dan cop jari surat perjanjian tersebut,setelah itu pihak tersebut telah menalifon saya dan akhir perbualan syarikat pinjaman ini menyatakan sebelum mereka memasukan pinjaman kedalam account saya saya perlu membayar RM2000 untuk menjelas kan cukai SST ,dan saya meminta perjanjian ini di batalkan kerana dalam surat perjanjian tidak menyatakan saya perlu menjelaskan cukai sst , namun dalam perjanjian tersebut ada menyatakan jika saya membatalkn perjanjian tersebut saya akan dikena denda sebanyak 10% …saya ingin bertanya wujud kah perjanjian ini ? atau surat perjanjian itu hanya tipu muslihat mereka ,ini disebabkan saya telah memberi no account saya .hal ini saya agak risau andai mereka menipulasikan account bank saya.
itu confirm penipu. Sebab yg berlesen mesti x payah deposit dahulu
saya ada apply loan dengan sykt pinjaman berlesen iaitu MUTIARA EMAS CONSULTANT yg berpusat di Wakaf Bharu,Tumpat,Kelantan,slps seminggu proses dokumen,mrk whatsapp saya dan beritahu loan saya dah lulus dn kena tunggu esoknya untuk dapat surat kelulusan…adakah company ni wujud dan berdaftar dengan KPKT?
tiade dlm list kami
kim jhuan enterprise nie syarikat berdaftar ker tak yer admin.. bila berurusan dia pkai no ofis sbgai whatsapp.. lepas tuh dia mintak rm1.6k utk active kan acc loan sebab scoring sy rendah dia x lepas nk trnsfer duit pinjaman.. dia ckp duit tuh akn dipulangkan smula cuma sebagai untuk dorang tlg aktifkan acc loan dan ttup masalah scoring sy..
itu la tipu
Sya ada buat pinjaman EZ pinjaman dan slip gaji penyata bank mereka minta so Sya da bagi semua tu lambat juga la proses mereka mengambil masa dua hari baru dapat tahu yang loan dah lulus..tpi mereka bagi tiga pilihan ambil penjamin atau bayar 900 tetapi sekiranya pembayaran bulanan tiada masalah duit yg 900 tu pihak EZ pinjamanan akan kembalikan juga dan yang ketiga mereka suruh bayar 3 bulan mengikut berapa yg kita loan..Sya loan 20k ikat 4 bulanan 510..so saya kena bayar sebanyak 1530..kalau dah bayar itu pihak EZ pinjamanan cakap Klau dah bayar itu bulan keempat baru start byar balik bulanan..Sya nk tanya betul ka syarikat pinjaman wang berlesen buat syarat MCM tu..dan adakah EZ pinjamanan berdaftar..adakah ini tipu atau Sya boleh terus kn buat pinjaman itu???
jika minta deposit tu penipu la
Ringgit Direct Sdn Bhd.. Mula kata kena byr 630 untuk stamp duty. Pastu kena byr 2000 untuk naikkan scoring.. Pastu kena byr 2000 lagi untuk naikkan scoring.. Last dpt surat BNM hold duit.. Kena bayar 2630 baru wang masuk dalam bank..
semua yg minta deposit dahulu tu penipuan
saya ada apply loan di Syncostar Holdings Sdn Bhd,Johor Bahru, mereka kata loan saya dah lulus,dan minta rm150 untuk bayaran processing fee..baru boleh sign agreement..adakah company ni legal dan bayaran yg diminta tu betul?
tipu punya, jgn bayar
Loan dh lulus 20k dengan mbseasy sdn bhd. Tapi dia sruh byr rm 1200 duit gereti takut coustemer tak byr .Adakah ini betul ada pernipuan siap keluar surat arrment lg ada cop syarikatnya..harap dpt perjelasan dri tuan
penipuan tu
Hai.. adakah top profit liner ini pinjaman sah?? Sbb die minta Test akaun.. selepas masukkan bayaran sebanyak 680
itu penipuan
Tuan nak tanya mbseasy loan boleh percayai ke..adakah ia pinjaman berlesen yg berdartar
tak
Top profit liner.. Adekah Betul?? Sbb die minta 680, dan akan bayar balik dgn loan. Lepas tu, dia minta dlm akaun kene ada 3500.. untuk Test akaun..
tidak, itu tipu
Syarikat An-Nur Maxpay Kredit Komuniti wujud atau tidak? Adakah dia scammer?
jgn percaya
Need More Resources ni betul ke? Dia ckp loan saya dah lulus then dia minta saya bayar rm3020 untuk active kan akaun yang akannsaya gunakan untuk membuat bayaran bulanan.
penipu kalau minta deposit