Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar
Research Dekat KPKT
Tanpa membuang masa, anda boleh melayari laman web KPKT, untuk medapatkan senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar. Sekiranya anda berasa senarai tersebut terlalu panjang dan susah untuk anda, anda boleh pilih Pinjaman Compare. Pinjaman Compare adalah platform untuk membantu anda cari pinjaman peribadi yang sesuai dan paling penting, bukan penipu.
Pinjaman Compare Boleh Tolong
Kami akan membantu anda memilih 3 pilihan dari senarai tersebut yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda ikut semasa. Sebelum bermula, anda perlu membuat permohonan dengan kami melalui borang permohonan atau melalui Dapatkan 6 Buan Moratorium Hari Ini dan hantar maklumat peribadi anda kepada kami.
Terdapat 2 institusi yang anda mungkin dapat membuat pinjaman peribadi:
1. Bank
2. Pemberi Pinjaman Wang Berlesen

Mengapa? Hal ini kerana mereka diiktirafkan lesen oleh Bank Negara. Kadar faedah mereka tidak akan terlalu melampau.
Kenapa Jangan Pilih Along?
Mengapa bukan daripada along? Seperti yang diberitahukan, along akan mengenakan kadar faedah mengikut suka hati mereka. Selain itu, keselamatan anda dan ahli keluarga anda akan terancam sekiranya anda gagal membayar balik kadar faedah yang tinggi.
Along akan mengancam keselamatan anda dan ahli keluarga anda dengan melakukan perkara seperti menyimbahkan cat di tempat tinggal, empat bekerja anda dan sebagainya.
Sekiranya anda betul-betul perlukan wang segera, sila jangan pergi kepada along. Sejak anda sedang membaca di laman web kami, silalah menggunakan portal kami untuk memohon apa-apa sahaja pinjaman yang anda inginkan. Sekurang-kurangnya kami dapat mengesyorkan pinjaman yang sesuai kepada anda.
4 Langkah untuk mengenal pasti yang pemberi pinjaman tersebut berlesen
Yang berikut adalah beberapa kaedah dan langkah untuk anda semasa memilih pemberi pinjaman wang berlesen.
Langkah 1: Memastikan mereka mempunyai laman web dan mempunyai jadual pembayaran balik yang jelas
Langkah 2: Memastikan mereka mempunyai pejabat fizikal seperti yang dinyatakan di laman web
Langkah 3: Mengunjungi pejabat mereka selepas membuat temujanji dengan wakil mereka
Langkah 4: Mencari testimoni pelanggan-pelanggan melalui Google dan Facebook untuk mengesahkan identiti mereka
Nasihat kepada semua, jangan sesekali membayar sebarang wang pendahuluan sebelum jumlan pinjaman tersebut dimasukkan ke dalam akaun anda tidak kira apa-apa sebab yang diberitahukan oleh mereka. Sebagai contoh, yuran peguam, duti setem, yuran pemprosesan dan sebagainya. Hal ini disebabkan semua bayaran yang disebutkan diatas akan sentiasa dipotong secara terus atas pinjaman yang diluluskan sebelum dimasukkan ke akaun anda.




Hi..sy skng tngah deal dgn syarikat Hneah entreprise..dorng mnta 350 stamping..minta sy bnk in kt wakil syarikat dorng yg uruskn stamping..sy nk thu..syarikat ni wujud ke dn.btul ke stamping fee 350 untuk pinjman 10k
jgn percaya la ni memang penipuan
Easy resources entreprise scamm atau tidak?
tiade dlm list kita
Bos JR STAR SDN BHD ni boleh dipercayai Tak? Sebab dia ada mintak 300 untuk stamp fee..
jgn percaya
Helo admin syarikat kim jhuan enterprise, no
Ssm PG0082979-T,NO LESEN WL3576/07/01-
8/290820.dari pulau pinang.. dia minta bayaran 1500 kata nya utk cukai sst n kene byr dgn wakil syarikat mereka.. pnjaman blesen perlu byr sst ke..?
itu penipu
Value plus recourse wujud tak, katanya berlesen
ini berlesen, tapi jgn bayar deposit
S six solution di manjung perak adakah wujud
ada, tapi kalau minta deposit tu penipu
Bagaimana jika kita dah kena tipu along ?
Ape yg harus kita perbuat ?
buat laporan polis
agen kawan mesra resources dan asst officer minta rm 500 utk stamp duty.. diorang dh bagi approval letter loan diluluskan… macamana betul ke?
jgn bayar
mbs easy loan . minta deposit dahulu sebagai jaminan
Berdaftar ke dengan bank negara ?
kena jaga, kalau minta deposit tu penipu
Admin, nak tanya.
1. Mutiara Emas Consultant minta 380 utk agreement fee
2. Top Liner Sdn Bhd minta 350 utk stamping
Adakah berdaftar & boleh dipercayai?
tu penipu
Tuan.. Syarikat S Six solution sdn bhd wujud tak? Berdaftar tak? Sebagai syarikat pinjaman wang berlesen
tidak wujud
Adakah jaya pro syarikat loan yg berdaftar.loan dh approve.tp dia srh byr 800 utk jdkan saya sbg customer tetap.lpastu dia mntak lg 2000 sbb credit score saya rendah.2000 tu utk naikkan credit score saya
tu la penipu
MONEYLINK SDN.BHD
No.10A Lebuh Gopeng 41400 Klang Selangor
Company Ini Wujud Tak
Katanya Loan Lulus Selepas Itu Minta Duit RM440 Untuk Insurance,Selepas Itu Minta RM510 Lagi Untuk Buka Account,Selepas Itu Minta Lagi RM636 Untuk Test Payment,Minta Lagi RM750 Untuk Stamping Duty Katanya Tarikh Dah Luput , Last Nak Cancel Loan Minta Lagi RM1500 Untuk Batalkan Katanya Selepas Dah Banking RM1500 Akan Pulang Balik Total Amount Yang Dah Banking , Katanya Akan Banking RM2835 Pada Account Saya 🤦🏻♀️
Saya Mmg Dah Broken 😭
confirm penipu
credit solution sdn bhd ni betul ke tipu? saya apply loan rm10k.. dia akta lulus lepastu minta caj guaman rm300 dan caj buka loan account rm 800..
jgn percaya
Tuan mega sukses dh check ikreditcom semua ada tu yg pelik ni tadi kata loan nak lulus dah tapi kena bayar 860 utk komitmen test tadi dh amik dah 460 mcm mana huhu
tu penipuan
hai saya ada buat loan dengan mpire capital sdn bhd, mintak ic dengan payslip je. dalam setengah jam dia ws bagitahu loan lulus 10 k ikat 6tahun bulanan RM176 je . mula2 suruh bayar 800 je dulu utk agreement fees tapi katanya lepas dah bayar dapat balik kiranya total loan dapat 10.8k pastu bila nak transfer tu kena test account pulak 3k. sebabkan nak pakai duit terpksa pinjam duit org dulu. dia kata nanti bagi sekali dengan loan. so total loan bagi 13.8 k pastu dah buat tiba2 tak boleh nak transfer katanya kena guna current acc.. kena bukak sendiri atau boleh bukak dgn dia.. kalau dgn dia kena bayar 3k… dia tlg bukakan lepas tu baru boleh dpt loan .. so total akan dpt 16.8k.. sebabkan takde duit sgt dia suruh bayar 1.5k je lagi 1.5k dia tolong lepastu tiba2 dia kata company tak bagi tolong kena guna nama sendiri jee. sampai skrg masih dok mikir… kalau ada cara boleh dapat balik duitt tuu… hurm
confirm penipu, buat laporan polis je la
Havasu sdn bhd berdaftar x? Sebab dia ade mintak duty stem terlebih dahulu sebelum dapat duit loan
Tiade dlm list kita, confirm penipu. Rasa korang nmpk iklan mereka kan?
Maxsecure resources & berjaya terus berjaya enterprise legit ke?
Tiade dlm list kita
Havasu SDN, BHD tipu ke tak?
Tiade dlm list kita
R&B loan berdaftar tak
Tiade dlm list kita