Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar
Research Dekat KPKT
Tanpa membuang masa, anda boleh melayari laman web KPKT, untuk medapatkan senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar. Sekiranya anda berasa senarai tersebut terlalu panjang dan susah untuk anda, anda boleh pilih Pinjaman Compare. Pinjaman Compare adalah platform untuk membantu anda cari pinjaman peribadi yang sesuai dan paling penting, bukan penipu.
Pinjaman Compare Boleh Tolong
Kami akan membantu anda memilih 3 pilihan dari senarai tersebut yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda ikut semasa. Sebelum bermula, anda perlu membuat permohonan dengan kami melalui borang permohonan atau melalui Dapatkan 6 Buan Moratorium Hari Ini dan hantar maklumat peribadi anda kepada kami.
Terdapat 2 institusi yang anda mungkin dapat membuat pinjaman peribadi:
1. Bank
2. Pemberi Pinjaman Wang Berlesen

Mengapa? Hal ini kerana mereka diiktirafkan lesen oleh Bank Negara. Kadar faedah mereka tidak akan terlalu melampau.
Kenapa Jangan Pilih Along?
Mengapa bukan daripada along? Seperti yang diberitahukan, along akan mengenakan kadar faedah mengikut suka hati mereka. Selain itu, keselamatan anda dan ahli keluarga anda akan terancam sekiranya anda gagal membayar balik kadar faedah yang tinggi.
Along akan mengancam keselamatan anda dan ahli keluarga anda dengan melakukan perkara seperti menyimbahkan cat di tempat tinggal, empat bekerja anda dan sebagainya.
Sekiranya anda betul-betul perlukan wang segera, sila jangan pergi kepada along. Sejak anda sedang membaca di laman web kami, silalah menggunakan portal kami untuk memohon apa-apa sahaja pinjaman yang anda inginkan. Sekurang-kurangnya kami dapat mengesyorkan pinjaman yang sesuai kepada anda.
4 Langkah untuk mengenal pasti yang pemberi pinjaman tersebut berlesen
Yang berikut adalah beberapa kaedah dan langkah untuk anda semasa memilih pemberi pinjaman wang berlesen.
Langkah 1: Memastikan mereka mempunyai laman web dan mempunyai jadual pembayaran balik yang jelas
Langkah 2: Memastikan mereka mempunyai pejabat fizikal seperti yang dinyatakan di laman web
Langkah 3: Mengunjungi pejabat mereka selepas membuat temujanji dengan wakil mereka
Langkah 4: Mencari testimoni pelanggan-pelanggan melalui Google dan Facebook untuk mengesahkan identiti mereka
Nasihat kepada semua, jangan sesekali membayar sebarang wang pendahuluan sebelum jumlan pinjaman tersebut dimasukkan ke dalam akaun anda tidak kira apa-apa sebab yang diberitahukan oleh mereka. Sebagai contoh, yuran peguam, duti setem, yuran pemprosesan dan sebagainya. Hal ini disebabkan semua bayaran yang disebutkan diatas akan sentiasa dipotong secara terus atas pinjaman yang diluluskan sebelum dimasukkan ke akaun anda.




Sherpura Resources Sdn Bhd
No. Lesen: WL5576/10/01-9/130125
Alamat: 62A, Jalan SS14/2, 47500, Subang Jaya, Selangor.
Mohon admin semak yg ni juga ya. Nak tahu scammer atau tak. Tq
ni scammer
syrikt mega delta mortgage wujud ke tak..check dlm i kreditkom x ada …kwn ada apply loan dgn syrikt ni x kena byr deposit ..bila loan lulus kna byar peguam untuk buat agrement betul ke syarikt ni…
ni scammer
kwn sy ada loan dgn syrikt mega deltta…lps loan lulus dya mintak duit peguam untuk proses loan sbnyk 260….bru dya dpt proses loan msuk acc bank..sy nk tnya bg pihak kwn sy ..syrikt ni trusted atau scamm
syarikat ni xwujud, scammer ni