Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar

Keadaan ekonomi sekarang membuatkan kebanyakan orang memerlukan aliran tunai, . Cara terpantas untuk mendapatkan aliran tunai adalah membuat pinjaman dengan pemberi pinjaman wang berlesen. Setiap orang sedang mencari senarai syarikat pinjaman wang berlesen melayu berdaftar. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka, sini adalah berita baik untuk anda. Kami dah bersedia senarai syarikat yang memberi pinjaman untuk perniagaan juga.

syarikat pinjaman wang

Research Dekat KPKT

Tanpa membuang masa, anda boleh melayari laman web KPKT, untuk medapatkan senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar. Sekiranya anda berasa senarai tersebut terlalu panjang dan susah untuk anda, anda boleh pilih Pinjaman Compare. Pinjaman Compare adalah platform untuk membantu anda cari pinjaman peribadi yang sesuai dan paling penting, bukan penipu.

Pinjaman Compare Boleh Tolong

Kami akan membantu anda memilih 3 pilihan dari senarai tersebut yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda ikut semasa. Sebelum bermula, anda perlu membuat permohonan dengan kami melalui borang permohonan atau melalui Dapatkan 6 Buan Moratorium Hari Ini dan hantar maklumat peribadi anda kepada kami.

Terdapat 2 institusi yang anda mungkin dapat membuat pinjaman peribadi:
1. Bank
2. Pemberi Pinjaman Wang Berlesen

mohon pinjaman wang
Mengapa? Hal ini kerana mereka diiktirafkan lesen oleh Bank Negara. Kadar faedah mereka tidak akan terlalu melampau.

Kenapa Jangan Pilih Along?

Mengapa bukan daripada along? Seperti yang diberitahukan, along akan mengenakan kadar faedah mengikut suka hati mereka. Selain itu, keselamatan anda dan ahli keluarga anda akan terancam sekiranya anda gagal membayar balik kadar faedah yang tinggi.

Along akan mengancam keselamatan anda dan ahli keluarga anda dengan melakukan perkara seperti menyimbahkan cat di tempat tinggal, empat bekerja anda dan sebagainya.

Sekiranya anda betul-betul perlukan wang segera, sila jangan pergi kepada along. Sejak anda sedang membaca di laman web kami, silalah menggunakan portal kami untuk memohon apa-apa sahaja pinjaman yang anda inginkan. Sekurang-kurangnya kami dapat mengesyorkan pinjaman yang sesuai kepada anda.

Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar

4 Langkah untuk mengenal pasti yang pemberi pinjaman tersebut berlesen

Yang berikut adalah beberapa kaedah dan langkah untuk anda semasa memilih pemberi pinjaman wang berlesen.

Langkah 1: Memastikan mereka mempunyai laman web dan mempunyai jadual pembayaran balik yang jelas

Langkah 2: Memastikan mereka mempunyai pejabat fizikal seperti yang dinyatakan di laman web

Langkah 3: Mengunjungi pejabat mereka selepas membuat temujanji dengan wakil mereka

Langkah 4: Mencari testimoni pelanggan-pelanggan melalui Google dan Facebook untuk mengesahkan identiti mereka

Nasihat kepada semua, jangan sesekali membayar sebarang wang pendahuluan sebelum jumlan pinjaman tersebut dimasukkan ke dalam akaun anda tidak kira apa-apa sebab yang diberitahukan oleh mereka. Sebagai contoh, yuran peguam, duti setem, yuran pemprosesan dan sebagainya. Hal ini disebabkan semua bayaran yang disebutkan diatas akan sentiasa dipotong secara terus atas pinjaman yang diluluskan sebelum dimasukkan ke akaun anda.

pinjaman berlesen di malaysia
Sebagai contoh, sekirannya anda mendapat kelulusan pinjaman sebanyak RM10,000. Selepas pemotongan secara langsung atas semua bayara sebanyak RM500, anda akan mendapat RM9,500 dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda. Ini merupakan proses yang betul dan bukannya berminta anda bayar terlebih dahulu sebelum permohonan diluluskan.

Mohon Hari Ini

525 responses to “Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar”

  1. Asyraf says:

    Admin , nak tanya EML RESOURCES SDN BHD syarikat berdaftar ke ?

  2. Safinah says:

    Syarikat berdaftar tapi mintak stamp duty…bila kita cancle x putus2 kacau kita…ingat nk loan selesaikan masalah tp bertambah2 lg masalah lagi adalah…nk jugak suruh usaha cari kan duit duty stamp tu…apa daaa kita srh potong drpd loan yg kita mohon tak blh knapa????hellooo adakah ini scammar@ahlong???🤔🤔🤔

  3. Farid says:

    Saya dah bayar tax, apa semua dgn syarikat public credit services , syarikat ini sah ke encik…

  4. Hayati says:

    Chee on enterprise ada tak dalam senarai kpkt

  5. Cylla says:

    Hai..admin sy nak tnya ada tak nma sykt Western Gallant (M) Sdn Bhd dlm kpkt?

  6. Farid says:

    Saya nak tanya ,saya ada buat pinjaman 20k tapi syarikat itu ckp boleh dan bila dah lulus loan ,saya perlu bayar utk scoring CTOS laa, duty stamp,tax LHDN,tax charge BNM……
    Betul ke mcm tuu ke saya kena tipu

  7. Anonymous says:

    hi .. sin lee soon enterprise tu wujud ke x dlm kpkt ? sbb sye cuba byk kali crik kpkt takde button utk semakan tu 😭

  8. Zaid says:

    Boleh berikan sedikit sebanyak tentang zen capital

  9. Yen says:

    Saya ada mohon pinjaman dgn 1 syarikat pinjaman berdaftar.Selepas pemohonon saya lulus,mereka minta saya masukkan rm1000 utk buka account.Betul ke procedure macam tu?Jadi takut pulak nak sign aggrement.

  10. Yen says:

    Saya ada mohon pinjaman dgn 1 syarikat pinjaman berdaftar.Selepas pemohonon saya lulus,mereka minta saya masukkan rm1000 utk buka account.Betul ke procedure macam tu?Jadi takut pulak nak sign aggrement

    • admin admin says:

      TAK! JANGAN! Untuk syarikat pinjaman yang berlesen, mereka TAK BOLEH MINTA sebarang bayaran wahlaupun loan dah dilulus. Jangan percaya.

  11. Razmi says:

    Hai, saya perlu bantuan pinjaman, adakah ini betul2 secure?. Nak pegi bank yang dilayan pekerja gov je, haihh

    • admin admin says:

      sebnyarya anda blh cuba kami, jika anda memohon dgn kami dan kami minta deposit sahaja, terus ban kami atau lapor polis

  12. Zal says:

    Sy nak pinjam 5k, nak bayar sewa rumah 3bln waktu pkp pastu selebihnya nak selesai kan Bill Bill dgn utang kawan kawan yg bagi pinjam untok belaja barang anak. Slip gaji takde epf sokso tak gaji by hand. Boleh summit ke?

  13. Zal says:

    Sy nak tahu lah, sy kerja kantin gaji cash takde slip gaji takde epf sokso, tapi kadang gaji masuk Bank kadang tak, sy dah bekerja lebih 1 tahun. Boleh ke sy nak buat pinjaman 5k nak selesai kan hutang sewa rumah 3bulan sbb pkp Dan hutang kawan kwn sy yg beri pinjam untok blanja pampers anak

    • admin admin says:

      keadaan anda hanya boleh pinjam dgn along (yg tidak berlesen)
      Sebab syarikat berlesen perlu anda ada gaji masuk bank jadi bukti.

  14. Saya sudah pencen boleh ke saya nak pinjam 60k

  15. Ali says:

    Nak tanya kalau compony tu ada nombor SSM dan ada didalam Kpkt, tapi selepas loan approved compony kenakan charge duty stam dengan charge insurence. Then bila nak transfer loan kata creadit score tak cukup, mksd dia kena ada sejumlah acc dlm saving acc atau lebih. so betul ke ni?

    • admin admin says:

      jgn percaya. Bank account tu mereka minta bank in adalah personal account no atau syarikat punya account no?
      Kalau personal, tu memang tipu je.
      Sebab skrg penipu tu bijak juga, guna ssm yg palsu utk tipu org

  16. Seth aedrick says:

    admin sya ada buat pinjaman dan sudah lulus dan mereka kata perlu bayar jaminan terlebih dahulu sebab dokumen sya x lengkap mereka kata mcm ni
    ===Sekarang sebelum loan transfer masuk ke kamu punya bank account,syarikat perlu kamu buat satu jaminan diri sebanyak rm600, ini jaminan diri bukan bayaran lah cik, syarikat hanya nak kamu letak dekat syarikat dia 3bulan sajak,so lepas 3bulan,kalau kamu first 3bulan punya bayaran tidak sangkut,bayaran cantik lah,ini 600akan pulang balik kasih kamu lepas 3bulan,kalau dalam 3bulan ini kamu punya bayaran ada lewat ada sangkut lah,ini600 syarikat akan tahan satu 3bulan lagi..hanya untuk kepastian sama ada ini benar atau penipuan

  17. Anonymous says:

    Bolek tak buat loan 5k?

  18. Mohd Zairul Azuan says:

    Mcm.mana saya nak.hubungi admin untuk pinjaman

  19. mohd zairul azuan says:

    Admin ada buat pinjaman berlesen ker

  20. Mohd azwan bin amri says:

    Cara pinjaman 30 k untuk pembayaran 10 tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published.