Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar
Research Dekat KPKT
Tanpa membuang masa, anda boleh melayari laman web KPKT, untuk medapatkan senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar. Sekiranya anda berasa senarai tersebut terlalu panjang dan susah untuk anda, anda boleh pilih Pinjaman Compare. Pinjaman Compare adalah platform untuk membantu anda cari pinjaman peribadi yang sesuai dan paling penting, bukan penipu.
Pinjaman Compare Boleh Tolong
Kami akan membantu anda memilih 3 pilihan dari senarai tersebut yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda ikut semasa. Sebelum bermula, anda perlu membuat permohonan dengan kami melalui borang permohonan atau melalui Dapatkan 6 Buan Moratorium Hari Ini dan hantar maklumat peribadi anda kepada kami.
Terdapat 2 institusi yang anda mungkin dapat membuat pinjaman peribadi:
1. Bank
2. Pemberi Pinjaman Wang Berlesen

Mengapa? Hal ini kerana mereka diiktirafkan lesen oleh Bank Negara. Kadar faedah mereka tidak akan terlalu melampau.
Kenapa Jangan Pilih Along?
Mengapa bukan daripada along? Seperti yang diberitahukan, along akan mengenakan kadar faedah mengikut suka hati mereka. Selain itu, keselamatan anda dan ahli keluarga anda akan terancam sekiranya anda gagal membayar balik kadar faedah yang tinggi.
Along akan mengancam keselamatan anda dan ahli keluarga anda dengan melakukan perkara seperti menyimbahkan cat di tempat tinggal, empat bekerja anda dan sebagainya.
Sekiranya anda betul-betul perlukan wang segera, sila jangan pergi kepada along. Sejak anda sedang membaca di laman web kami, silalah menggunakan portal kami untuk memohon apa-apa sahaja pinjaman yang anda inginkan. Sekurang-kurangnya kami dapat mengesyorkan pinjaman yang sesuai kepada anda.
4 Langkah untuk mengenal pasti yang pemberi pinjaman tersebut berlesen
Yang berikut adalah beberapa kaedah dan langkah untuk anda semasa memilih pemberi pinjaman wang berlesen.
Langkah 1: Memastikan mereka mempunyai laman web dan mempunyai jadual pembayaran balik yang jelas
Langkah 2: Memastikan mereka mempunyai pejabat fizikal seperti yang dinyatakan di laman web
Langkah 3: Mengunjungi pejabat mereka selepas membuat temujanji dengan wakil mereka
Langkah 4: Mencari testimoni pelanggan-pelanggan melalui Google dan Facebook untuk mengesahkan identiti mereka
Nasihat kepada semua, jangan sesekali membayar sebarang wang pendahuluan sebelum jumlan pinjaman tersebut dimasukkan ke dalam akaun anda tidak kira apa-apa sebab yang diberitahukan oleh mereka. Sebagai contoh, yuran peguam, duti setem, yuran pemprosesan dan sebagainya. Hal ini disebabkan semua bayaran yang disebutkan diatas akan sentiasa dipotong secara terus atas pinjaman yang diluluskan sebelum dimasukkan ke akaun anda.




Nk tnya.peace loan sdn bhd pinjaman berlesen ke? Sy ad mohon pinjaman 5k.bayar dia minta pendahuluan 400.lpas mintak dibayar rm 1260 untuk takaful.dan minta bayar untuk naikan scoring sebanyak 1500.lpastu scoring xnaik lagi.mintak lagi 1500.dan sekarang minta rm 1666.00 untuk nk caj govermant tax .tpi dia cakàp duit smua akan dapat balik sekali dengan pinjaman 5000.jumlah akan dapat 9 ribu lebih.
itu tiada dalam list kami
admin Syarikat haruman kota sdn bhd scam ke?
tiada dalam list kami
nak buat pinjaman saya berniaga tapi tiada ssm masih boleh buat ka
tiada ssm mana boleh kak.
sy nak tanya sy dh byar duty stem rm150, rm600 process rm1500 buka akaun loan dia…dia dh tunjuk resit bukti tp duit sy tuada masuk knpa yew…dia cakap nak tarik balik duit nak sy bank in lagi rm2000 adakah sy spatut nye bayar atau tidak sbb kluarga sy bagi tahu saya ditipu…dia cakap rm2000 itu nak bukak akaun y dibwah pidm….adakah syarikat YONG KWONG ENTERPRISE..ada kpkt adakah berdaftar
hafiz, u dah kena tipu ni…
Admin, boleh tlng carikan wang pinjaman yg brlesen takde minta 1 sen pun..sbb urgent nk pkai duit juga. Area Sarawak.
area sawarak kami tiada lagi
Adakah Elitloans corporation syarikat pinjaman berdaftar?
itu bukan legal
Sya nak buat pnjmn 3k shj tp hnya 2 bln pyslip bole ka?
boleh, wasap kami
Admin ,nama Fast Credit Loan ENTERPRISE ade x dlm senarai yg betul atau tipu ?
tak tak tak. Jgn bank in duit jika mereka minta
Bizcredit Sdn Bhd..siapa pernah berurusan memohon loan ngan mereka?
Company tu memang ujud dan established rasanya.. cuma gara2 attitude sorang agent dan officer yg asyik menakutkan nakutkan pelanggan dgn ugutan mahkamah segala. Membuatkan rasa hilang yakin kepada semua agen yg ada d bumi..
Ada tak betul2 agen dari syurga yg jujur membantu org memerlukan dan bkn mengambil kesempatan mengikis..tolong lahh
jgn guna servis mereka la, bnyk syarikat pinjaman yg berlesen lagi.
kenapa mereka untung duit awak, masih nk berlagak je.
Saya dah berkali2 dijanji dgn kata manis agent dan pegawai. Pernah membyr sampai RM3k tuk mcm2 alasan fee dan security.
Paling last agent dari BizCredit Sdn Bhd memberi jaminan loan RM10k will release after stamping. Then after that waktu nak masukkan untuk transfer tiba2 konon failed atas sbb low credit rating. They requested RM1500 kononnya tolong adjust and directly loan release. Mcm mna tu? Ada mna2 tempat loan yg tak request duit ker?? Sedih lh mcm ni..duit abis keluar sampai berhutang tapi apa lancau pun takder.
Ada tak syarikat yg agak prihatin untuk i dapatkan bantuan kewangan ni..tolong lahh
u register dgn kami la… kami rujukan syarikat utk anda.
Capital Prima ada register tak
tidak.
Good day,
I ada SSM, current account dengan Income tax. I buat bisnes online. Boleh apply loan ke ?
boleh. wasap kami
Pinjaman kredit komuniti boleh mintak kad Atm? Valid ke? Selamat?
blh, biasanya mereka akan minta anda pergi dapatkan kad ATM bank 1 dan bank 2.
Gaji u akan masuk bank 1, mereka pegang kat ATM bank 1 anda, lepas tu setiap bulan gaji masuk bank 1, mereka akan ambil duit.
Lepas tu bank in remaning balance masuk bank 2 anda.
Jelita semurni enterprise ada wujud tak.saya di minta bayaran untuk lawyer fee kerana dia orang cakap saya punya prolem ada 2 pending loan dekat syarikat lain..utk memasukkan wang ke acc.saya mereka cakap mahu delete pending loan itu dahulu baru dapat bayar…tapi harus bayar lawyer fee terlebih dahulu.
jgn bayar kalau mereka minta bank in masuk bank account peribadi mereka. Jgn percaya
Admin, klau syrikat 7 Alis Credit Sdn Bhd wujud tak? Boleh dipercayai ke??
jika minta deposit, tu semua penipu
bos 7 alis credit sdn bhd ade dlm senarai tak?mn nak dpt pinjaman 350k?sy nk satukan hutang n klu ada baki baiki rumah sikit…tqtq…
itu tiada dlm kpkt list
Nak tanya sama ada MBS ESAY itu berdaftar atau tidak.sama ada syarikat itu wujud dan scammer.
tidak dlm list kpkt
ada ka sesebuah syrikat pinjaman wang berlesen..Meminta duit proses pada si peminjam??dan bukan ka ia biasa di tolak dari amaun yg kita pinjam??
biasanya tolak dlm amaun pinjaman punya… jgn percaya kalau minta deposit.
Richberg Ace Sdn Bhd alamat lot 8/08/8Th Floor Menara Kl,Lorong 3/137C,Old Klang Road,58200,Wilayah Persekutuan Wujud ke?
Dorang luluskan dgn syarat minta 480 utk stamping fee..Dlm sejam dh in duit 20k..Sya belum reply sebab tak pasti ini btl ke tk..
scam
kalau mereka minta deposit masuk account peribadi mereka, itu penipu
Fk capital sdn bhd syarikat berlesen ke atau tidak
legal, tapi takut org lain guna nama syarikat dia utk scam.
kalau mereka minta deposit masuk account peribadi mereka, itu penipu
legal, tapi takut org lain guna nama syarikat dia utk scam.
kalau mereka minta deposit masuk account peribadi mereka, itu penipu