Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar


Keadaan ekonomi sekarang membuatkan kebanyakan orang memerlukan aliran tunai. Cara terpantas untuk mendapatkan aliran tunai adalah membuat pinjaman dengan pemberi pinjaman wang berlesen. Setiap orang sedang mencari senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar. Sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka, sini adalah berita baik untuk anda. Kami dah bersedia senarai syarikat yang memberi pinjaman untuk perniagaan juga.


Research Dekat KPKT

Tanpa membuang masa, anda boleh melayari laman web KPKT, untuk medapatkan senarai syarikat pinjaman wang berlesen berdaftar. Sekiranya anda berasa senarai tersebut terlalu panjang dan susah untuk anda, anda boleh pilih Pinjaman Compare.

Pinjaman Compare Boleh Tolong

Kami akan membantu anda memilih 3 pilihan dari senarai tersebut yang paling sesuai dengan keadaan kewangan anda ikut semasa. Sebelum bermula, anda perlu membuat permohonan dengan kami melalui borang permohonan atau melalui whatapps dan hantar maklumat peribadi anda kepada kami.

Terdapat 2 institusi yang anda mungkin dapat membuat pinjaman peribadi:
1. Bank
2. Pemberi Pinjaman Wang Berlesen


Mengapa? Hal ini kerana mereka diiktirafkan lesen oleh Bank Negara. Kadar faedah mereka tidak akan terlalu melampau.

Kenapa Jangan Pilih Along?

Mengapa bukan daripada along? Seperti yang diberitahukan, along akan mengenakan kadar faedah mengikut suka hati mereka. Selain itu, keselamatan anda dan ahli keluarga anda akan terancam sekiranya anda gagal membayar balik kadar faedah yang tinggi.

Along akan mengancam keselamatan anda dan ahli keluarga anda dengan melakukan perkara seperti menyimbahkan cat di tempat tinggal, empat bekerja anda dan sebagainya.

Sekiranya anda betul-betul perlukan wang segera, sila jangan pergi kepada along. Sejak anda sedang membaca di laman web kami, silalah menggunakan portal kami untuk memohon apa-apa sahaja pinjaman yang anda inginkan. Sekurang-kurangnya kami dapat mengesyorkan pinjaman yang sesuai kepada anda.


4 Langkah untuk mengenal pasti yang pemberi pinjaman tersebut berlesen

Yang berikut adalah beberapa kaedah dan langkah untuk anda semasa memilih pemberi pinjaman wang berlesen.

Langkah 1: Memastikan mereka mempunyai laman web dan mempunyai jadual pembayaran balik yang jelas

Langkah 2: Memastikan mereka mempunyai pejabat fizikal seperti yang dinyatakan di laman web

Langkah 3: Mengunjungi pejabat mereka selepas membuat temujanji dengan wakil mereka

Langkah 4: Mencari testimoni pelanggan-pelanggan melalui Google dan Facebook untuk mengesahkan identiti mereka

Nasihat kepada semua, jangan sesekali membayar sebarang wang pendahuluan sebelum jumlan pinjaman tersebut dimasukkan ke dalam akaun anda tidak kira apa-apa sebab yang diberitahukan oleh mereka. Sebagai contoh, yuran peguam, duti setem, yuran pemprosesan dan sebagainya. Hal ini disebabkan semua bayaran yang disebutkan diatas akan sentiasa dipotong secara terus atas pinjaman yang diluluskan sebelum dimasukkan ke akaun anda.


Sebagai contoh, sekirannya anda mendapat kelulusan pinjaman sebanyak RM10,000. Selepas pemotongan secara langsung atas semua bayara sebanyak RM500, anda akan mendapat RM9,500 dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda. Ini merupakan proses yang betul dan bukannya berminta anda bayar terlebih dahulu sebelum permohonan diluluskan.

Whatsapp Now


219 responses to “Senarai Syarikat Pinjaman Wang Berlesen Berdaftar”

  1. BroEm says:

    Laman kpkt mana yg membolehkan kami memeriksa secara terus samada sebuah syarikat itu berdaftar atau tidak???
    Tolng maklumkan
    Tkasih

  2. BroEm says:

    Kenapa tiada benar2 pemantauan terhadap syarikat2 yg kononnya berdaftar dgn kpkt?
    Iklan2 mereka telah berjaya memperdaya ramai diluar sana dgn mudah
    Ttp dia apa2 tindakan yg telah dibuat oleh pihak kpkt
    Kenapa???

    • admin admin says:

      sebab fb dan google jaga privacy advertiser sangat, gov kami pun tiada hak minta mereka ambil tindakan pada iklan loan shark.
      Dan juga fb & google pun nak untung duit saje, mestila tak kan kacao iklan…

  3. Anonymous says:

    Syarikat My Easy Loan under A2Z Finance syarikat Betul ke

  4. Mohd zahir bin ramli says:

    Hasil lumayan enterprise syarikat pinjaman wang berdaftar atau scammer

  5. Anonymous says:

    Fast ringgit loan ni berdaftar atau tak ? Wujud atau tak ?

  6. Saif says:

    Nak tnya syarikat chia pao trading sdn bhd nie betul atau scamer

  7. Edin Song says:

    Syarikat Bizcredit berdaftar ka?

  8. Noorzaimah says:

    Rizacredit sdn bhd
    Ssm non353904-P
    Ni lesen Wl 4107/14/01-8/100920

    Syarikat ini wujud ke

  9. Anonymous says:

    Hi, DA LIK CASHPOINT Sdn Bhd legal kah?

  10. Edin Song says:

    Bos syarikat MBS EASY LOAN BERDAFTAR LESEN tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published.